Sunday 19 May 2013

Mekar Semilu Anggun Unggul Gaya Ceria


MALAM ANUGERAH MEKAR SEMILU

Pada 18/05/2013 Sabtu yang lepas telah berlansung annual dinner untuk stokis pengedar agent Mekar Semilu bertempat di Royale Bintang d Curve Damansara.
6 bulan melibatkan diri dalam bisness kecantikan Mekar Semilu ini , ini lah pertama kali bertemu bertentang mata dengan Pengasas Mekar Semilu Pn. Rohana. Very humble dan simple orangnya. Kalau berjumpanya di shooping complex or mana-mana tempat  mesti orang tak sangka dia lah pengasas Mekar Semilu. Kata-kata azimat yang ucapkan pada saya " Jual produk elok-eloknya dik"...


Gambar di atas geng ms ..sama school dulu..ms membuat kami bertemu kembali.Syikin & Lia. Yang ala-ala arab cantik orang nya Syikin adalah orang yang memperkenalkan saya dengan produk ini seterusnya terjebak dalam bisness Mekar Semilu. Tahniah Syikin di atas Anugerah stokis daerah terbaik. Menjadi inspirasi kepada kami-kami yang berada di bawahnya. 

Mr. Farouk selaku Duta/Jurucakap Mekar Semilu. Very d hardworking person dalam memperkenalkan Mekar Semilu. 

Monday 13 May 2013

Belated Mothers Day & Nursing Day



Salam..Xoxoxoxo..Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu dan bakal-bakal ibu. 12052013 Hari Ibu dan juga Hari Jururawat..so sesiapa yang bergelar ibu dan jururawat celebrated dua hari yang special. 
Malam itu kami sekeluarga telah di belanja dinner oleh Mr. Papa di The Breeks Cafe, Mahkota Parade Melaka.Feveret restoren kami sekeluarga sebab ada western food dan korean food. So malam tu perut dipenuhi dengan food dari 2 negara..hehehehe.Sorri picture tidak ada muka Mr. Papa. Hanya ibu bersama anak-anak. Mr. Papa tukang amik gambar jer..kikkikiki.



The next day on 12052013, kami sekeluarga  ke Bayou Lagoon Resort, Melaka membawa rombongan cik kiah student Network ILP Selandar, Melaka.
Dah namanya lagoon, so acara bermandi manda la kami di sana di samping acara sukaneka yang di anjurkan oleh pihak resort. 
So balik umah anak-anak mummy muka kehitaman sunburn bermain air..
 ok..chow chin chow..salam..

Wednesday 1 May 2013

About Mekar Semilu


Mekar Semilu Beauty Collection adalah 100% Milik Bumiputra, Syarikat ini telah beroperasi pada tahun 2002 dengan nama yang berbeza iaitu RZ Feminine Beauty Collection dengan menjual produk-produk orang lain.Pada tahun 2007 Mekar Semilu ditubuhkan dengan mengeluarkan produk sendiri bermula dengan sabun propolis. Selama 3 tahun Mekar Semilu menjaja ke merata tempat dan expo-expo dengan berbekalkan modal yang sedikit.


Setelah beberapa tahun mengumpulkan modal, akhirnya syarikat kami berjaya mengembangkan rangkaian produk kami. Kini Mekar Semilu mempunyai 9 Orang kakitangan dan 400 ke 500 orang stokis dan Pengedar

MEKAR SEMILU Merupakan Produk Malaysia yang mengandungi ramuan daripada susu dan Herba yang selamat dan Halal, Ia sesuai dengan semua jenis kulit lelaki dan wanita. Antara Produk kami yang terlaris ialah Krim Mutiara, Sabun Propolis, Toner Zam-zam, BB Cream, Sabun Susu Beras Kalogen, Sabun Beras Mutiara dan Gluthatione Plus.

Disebabkan keberkesanan Produk kami, ramai selebriti tanahair telah menggunakannya. Sehinggalah kami memilih Farouk Hussien menjadi Duta Produk kami.

Produk kami dirumus khas dari bahan-bahan semulajadi tanpa bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara bahan produk kami ialah Air Zam-zam dan Pati Zaffron di mana keberkesanannya diakui oleh Ilmuan islam. Kami juga mendapat permintaan daripada Negara-negara Timur Tengah untuk mengeluarkan produk yang sesuai untuk digunakan ketika menunaikan Umrah. Sehingga kini Produk kami telah dipasarkan keseluruh negara . Produk kami juga berjaya menembusi pasaran antarabangsa iaitu di Singapura, Brunei, Ireland dan Australia.


Kini kami aktif membuat promosi dengan menjelajah keseluruh negara. Selain itu iklan produk kami telah tersiar di majalah-majalah, stesen televisyen dan Radio tempatan serta Billboard.

Antara aktiviti kami setiap bulan sebahagian dari pendapatan kami akan didermakan kepada anak-anak yatim dan juga ibu tunggal. Antara lainnya setiap tahun kami akan menganjurkan umrah bersama Mekar Semilu dan Malam Anugerah Jualan Tertinggi bagi menghargai para stokis dan pengedar kami. Kami juga dalam proses mendirikan rumah untuk anak-anak yatim di Kuang Rawang.