Wednesday 1 May 2013

About Mekar Semilu


Mekar Semilu Beauty Collection adalah 100% Milik Bumiputra, Syarikat ini telah beroperasi pada tahun 2002 dengan nama yang berbeza iaitu RZ Feminine Beauty Collection dengan menjual produk-produk orang lain.Pada tahun 2007 Mekar Semilu ditubuhkan dengan mengeluarkan produk sendiri bermula dengan sabun propolis. Selama 3 tahun Mekar Semilu menjaja ke merata tempat dan expo-expo dengan berbekalkan modal yang sedikit.


Setelah beberapa tahun mengumpulkan modal, akhirnya syarikat kami berjaya mengembangkan rangkaian produk kami. Kini Mekar Semilu mempunyai 9 Orang kakitangan dan 400 ke 500 orang stokis dan Pengedar

MEKAR SEMILU Merupakan Produk Malaysia yang mengandungi ramuan daripada susu dan Herba yang selamat dan Halal, Ia sesuai dengan semua jenis kulit lelaki dan wanita. Antara Produk kami yang terlaris ialah Krim Mutiara, Sabun Propolis, Toner Zam-zam, BB Cream, Sabun Susu Beras Kalogen, Sabun Beras Mutiara dan Gluthatione Plus.

Disebabkan keberkesanan Produk kami, ramai selebriti tanahair telah menggunakannya. Sehinggalah kami memilih Farouk Hussien menjadi Duta Produk kami.

Produk kami dirumus khas dari bahan-bahan semulajadi tanpa bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara bahan produk kami ialah Air Zam-zam dan Pati Zaffron di mana keberkesanannya diakui oleh Ilmuan islam. Kami juga mendapat permintaan daripada Negara-negara Timur Tengah untuk mengeluarkan produk yang sesuai untuk digunakan ketika menunaikan Umrah. Sehingga kini Produk kami telah dipasarkan keseluruh negara . Produk kami juga berjaya menembusi pasaran antarabangsa iaitu di Singapura, Brunei, Ireland dan Australia.


Kini kami aktif membuat promosi dengan menjelajah keseluruh negara. Selain itu iklan produk kami telah tersiar di majalah-majalah, stesen televisyen dan Radio tempatan serta Billboard.

Antara aktiviti kami setiap bulan sebahagian dari pendapatan kami akan didermakan kepada anak-anak yatim dan juga ibu tunggal. Antara lainnya setiap tahun kami akan menganjurkan umrah bersama Mekar Semilu dan Malam Anugerah Jualan Tertinggi bagi menghargai para stokis dan pengedar kami. Kami juga dalam proses mendirikan rumah untuk anak-anak yatim di Kuang Rawang.